fbpx

Penghijrahan pengacara Nabil Ahmad sememangnya mendapat respon positif daripada netizen. Malah, rezekinya tidak pernah putus apabila kini bergelar penyampai radio di Era FM.

Baru-baru ini, rakan sekerjanya Issey Fazlisham ada memuat naik video di TikTok yang diambil secara senyap-senyap ketika berada di konti.

BACA: Sedekah Hari Jumaat, Nabil Ahmad Berhabis RM3,560 Belanja Rakan Sekerja Di Starbucks

@isseyfazlisham

Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA

? original sound – JalilRazak – user52694632511

Menerusi perkongsian itu, Issey berkata dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh Nabil pada jam 7 pagi di konti. Dapat dilihat pengacara MeleTOP itu sedang leka mengaji di dalam video yang diambil secara senyap-senyap itu.

Issey turut menyertakan kapsyen mengatakan itu sebabnya mengapa dia meminati Nabil kerana perjuangannya yang luar biasa.

Perkongsian Issey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Nabil yang tahu mengagihkan masa untuk dunia dan akhirat.

Malah, ada yang mengatakan apa yang ditunjukkan oleh Nabil itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa mengingati Allah walau dimana sahaja.