fbpx

Perkongsian video di Instagram Era menjadi perhatian memaparkan pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad membelanja rakan sekerjanya di kafe Starbucks.

Menerusi video tersebut, Nabil bersama beberapa rakan lain dilihat singgah ke kafe popular itu ketika dalam perjalanan bersempena program Touera 2022 di Kedah Darul Aman.

BACA: Nabil Ahmad Rugi RM2,540, Terlepas Tarikh Konsert Billie Eilish

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Pada awalnya, Nabil hanya mahu membayar minuman yang ditempah namun selepas dipujuk oleh rakan-rakannya untuk belanja bekas minuman Starbucks, dia menuruti sahaja untuk membayar bil berjumlah RM3,560 itu.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap Nabil yang pemurah dan disebabkan itu juga dia sentiasa dimurahkan rezeki. Dalam pada itu, ramai yang menjadikan tindakan Nabil itu sebagai inspirasi untuk mereka berkongsikan rezeki dengan orang lain.