Pasti ramai tahu, penyanyi Sharifah Zarina mempunyai seorang anak perempuan, Athalia Deena Baswani yang dikenali ramai di platform TikTok.

Baru-baru ini, Sharifah Zarina memuat naik satu video di Tiktoknya memaparkan anak daranya yang tertidur ketika video call bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

BACA: Sharifah Zarina Cuba Nasib Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique

@realsharifahzarina

Bertabahlah mak!?

? ???? – YOASOBI

Menerusi video dikongsikan, Sharifah Zarina masuk ke dalam bilik tidur anaknya itu dan melihat Athalia sedang nyenyak tidur dan kelihatan gadjetnya menyala kerana membuat panggilan video.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji  penyanyi itu ibu yang sporting serta memahami anaknya sedang dalam fasa bercinta.

Malah, ada juga segelintir netizen berkongsikan pengalaman sama serta berseloroh jika mereka berada di tempat Athalia pasti akan dimarahi dan lebih teruk akan dikejar dengan parang. 

×