Baru-baru ini Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, Malaysia, telah menitahkan Mokti’s, seiring dengan sebuah jenama aiskrim, mengeluarkan satu variasi aiskrim yang unik dan menggambarkan warna bendera negeri Perlis untuk dinamakan sebagai “Perlis Ice Cream”.


Sebagai sebuah jenama yang berinovatif mengeluarkan produk-produk aiskrim, Mokti’s menerima titah dan perkenan dari Raja Muda Perlis. Penghasilan “Perlis Ice Cream” bukan sekadar untuk menjanjikan kepuasan ke atas produk tetapi juga bertujuan untuk memperkenalkan keindahan negeri Perlis bersempena dengan acara “Tahun Melawat Perlis 2024 –2025”.

Sebagai sebuah negeri yang memiliki landskap yang tenang dan kepelbagaian tradisi, negeri Perlis dijangka berupaya memukau setiap pengujung yang hadir sepanjang promosi acara berlangsung. Kehadiran “Perlis Ice Cream” dijangka akan memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan kepada setiap pengunjung.

“Perlis Ice Cream” dirasmikan pada 16 September 2023 oleh Raja Muda Perlis di Mokti’s Turkiye, yang terletak di Istanbul, Turki. Ini merupakan langkah yang signifikan dalam mempromosikan “Perlis Ice Cream” dan negeri Perlis di peringkat antarabangsa.

Acara perasmian ini juga akan diserikan dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis, Malaysia, dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli.