Raja Ilya Mahu Besarkan Anak Cara India & Melayu
Meskipun sudah beberapa tahun berhijrah ke Perth Australia selepas berkahwin dengan Trent Garret, cara hidup Asia dalam diri pelakon Raja Ilya masih utuh.
Baru-baru ini, pelakon itu ada berkongsikan video memaparkan dia dan suami sedang mempersiapkan menu jamuan sempena Indian Day.
BACA: Ada Adegan Bogel, Raja Ilya Tolak Tawaran Berlakon Siri Netflix
View this post on Instagram
Pelbagai juadah disediakan termasuk hidangan nasi biryani. Namun, apa yang mengejutkan Trent apabila isteri menggunakan tangan untuk menikmati hidangan tersebut. Kata Ilya lagi, dia akan meneruskan tradisi dengan mengajar anaknya untuk makan menggunakan tangan.
“Makan pakai tangan dan suap pakai tangan! Terkejut trent Mereka tahu tahu nikmat suap pakai tangan ni lain macam.
“Ada baby nanti nak kene ajar pakai tangan, teruskan tradisi, lantak laa orang nak kata “ewwww” ke apa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Raja Ilya berkata ketika dia membesar suasana persekitarannya lebih kepada tradisi India daripada Melayu dan disebabkan itu keluarganya fasih bahasa Tamil.
“Honestly Ilya grew up as a kid more to Indian then Melayu tau. sebab surrounding and culture, not only that my mum side memang kuat darah Malyalamnya. Tok nenek semua fasih Tamil , Hindi & malayalam.
“Jadi terikut ikut sampai sekrang ni. I just Love the tradition & culture and without doubt kitorang akan ajar our children the same, tradition Melayu & India kasi mix and Kkeep it run in the family. Tak mahu seratu peratus mat saleh sangat,” tulisnya.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret dari Australia pada 23 Disember 2018.
- SUMBER
- Astro Gempak
betull kata ilya tu.. bangga & senantiasa beringat asal usul, adat & budaya asal kita sendiri.
Ilya dan suami walau mereka menetap di Australia tapi mereka berdarah ,@ asal org2 India bukan matsalleh pun!
Takut anak hang nnti besar suka dok buat propa mcm hang.. Konon2 dpt tawaran blakon Hollywood gituu..
Orang dah duduk sana, biarkan je la. Tak relevan dah pun dalam entertainment industry malaysia.
Pompuan nie kerabat raja tamil ke? Aku selama nie ingat dia raja melayu. Ketinggalan lah aku ni.
DENGAN CARA ISLAM LER..melayu ada byk yg x islam.
Raja Ilya are you related to Rita Begum ex singer in the 70’s.