Raja Ilya Hampir Hilang Nyawa Gara-Gara Rawatan Besarkan Punggung
Pelakon Raja Ilya mendedahkan nyawanya hampir melayang apabila menjadi mangsa doktor estetik palsu selepas membuat suntikan ‘filler’ pada punggungnya sekitar 2008 hingga 2009.
Menurut Raja Ilya, ketika itu dia masih naif dan berdepan diskriminasi dikatakan tiada aset seperti punggung ketika menghadiri uji bakat filem Tamil di India.
BACA: Raja Ilya Mahu Besarkan Anak Cara India & Melayu
“Penerbit menyatakan saya tiada aset seperti punggung besar. Saya menangis kerana merasakan ia adalah diskriminasi. Saya berputus asa dan kemudian menyambung kerja sepenuh masa di Malaysia Airlines (MAS).
“Apabila saya berkongsi cerita ini dengan rakan jurusolek, dia menyarankan membuat punggung dan memperkenalkan kepada seorang doktor,” katanya.
Kata Raja Ilya lagi, dia mengumpul duit sehingga RM8,000 untuk membuat suntikan ‘filler’ pada punggung dan yakin dengan doktor berkenaan selepas menunjukkan gambar artis yang pernah melakukan rawatan sama.
“Apabila diberikan suntikan ‘filler’, saya mula pening, kemudian dicucuk dengan beratus suntikan. Disebabkan terlalu pening, saya tak ingat apa-apa. Saya disuruh balik, kemudian datang beberapa hari untuk menyempurnakan proses rawatan.
“Saya pergi semula beberapa minggu kemudian dan baru sedar melakukan kesilapan besar. Saya kelihatan sangat buruk, macam tempayan,” katanya.
Ujarnya, dia menerima khabar mengejutkan apabila da seorang wanita VIP meninggal dunia selepas membuat suntikan dengan doktor palsu berkenaan. Akibat daripada suntikan itu, Raja Ilya berkata dia mengalami kesan sampingan pada 2015 selepas dimasukkan ke hospital selama berminggu-minggu.
“Ketika itu, saya digigit kucing dan memutuskan ke klinik untuk mengambil vaksin. Ketika itulah, segalanya terbongkar dan saya hampir mati.
“Selepas tiga hari mengambil vaksin, saya sakit dan timbul ketulan seluruh badan. Saya tidak boleh berjalan dan bernafas.
“Saya dimasukkan ke hospital swasta dan tahap kesihatan merudum apabila tekanan darah menurun. Saya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital kerajaan.
“Saya sedih doktor tidak tahu nak buat apa kerana ingatkan saya mempunyai penyakit pelik. Saya akhirnya dimasukkan ke wad pengasingan bakteria berbahaya selama berminggu-minggu,” katanya.
Ujarnya lagi, selepas ujia dibuat barulah dia tahu ianya adalah minyak silikon dan selepas dua tahun dia melakukan rawatan membuang minyak silikon sebanyak mungkin. Namun, sehingga kini masih ada ketulan yang tinggal kerana tidak boleh dibuang.
“Sebab kebanyakan minyak silikon sudah melekat dengan otot, organ dan tulang belakang. Jika mahu membuangnya saya berdepan risiko lumpuh sebab ia berada sekeliling saraf tunjang.
“Jadi, doktor melakukan prosedur yang mana tidak semuanya boleh dikeluarkan. Semua ketulan kelihatan sama dapat dikeluarkan, manakala, ketulan dekat organ, tidak boleh. Memang sedih saya kena hidup dengan ketulan sana sini sehingga sekarang,” katanya.
Sebelum ini, Raja Ilya meluahkan rasa berang berhubung kes kematian seorang lelaki yang menerima suntikan membesarkan otot punggung namun ianya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- SUMBER
- BH Online
La ko pegi screen test filem tamil? Ptt laa. Tngk Puyi penuh filler gak dah kaya raya dia skang. Asalnya video dia dicuri org ugut. Dari jd mangsa ugut dia nekad jd mcm tu.
Punfkoq oun nak bubuh filter??
Punfkoq pun nak bubuh filter??
Klu termeninggal, x de chance la pakai baju yg tunjuk tersembulnya puting mcm skrg
Australi panas ke?….
wekkkkkkk, ko tau x Australia tu besar mana? negaranya lebih 20 kali ganda lg besar dr malaysia…ada kawasan panas, sejuk, dan bermusim….tula masa sekolah x blajo geography dh tua keje bace gosip jek kahx3..
you dah cantik semulajadi, xyah tambah apa2. Allah dah cipta perfect tiada cacat cela..apa yg DIA cipte sesuai utk keperluan..cuma tu la..kdg yg kita tak suka, yang org komplen tu kita ambil pusing, Allah dah berkata” manusia adalah sebaik-baik2 ciptaanNYA.
aku pun sekolah lah “Budak Sekolah, Australia ialah ISLAND, bkn benua, sini aku tmbh..kihkihkihkih
“aku perli “panas” pun kau tak fhm”…
Australia benua !
Australia pulau terbesar!
next
Wekkkkkk, simpati sy kpd awak. Supaya tidak mengecilkan kebijaksanaan awak apa kata awak cuba selidik skali lg. Percaya lah takde ruginya.
Wekkkkk ni dah terlebih baca gosip, terkurang benda ilmiah..
Nk perli orang, sekali terbuka pekung di dada bahawa kurang ilmu
Laki dia Islam ke?
kome2 semua ilmu penuh di dada lah yer..jgn riak dn mendabik dada jika penuh ilmu, anda pun tahu kekurangan dirikan, aku pun tahu kekurangan diri, tak perlu aku google, walaupun dlm wikipedia tu ada je jawapannya..cuba baca apa erti benua bagi Australia..hanya dlm Australia tu je kan, dn pulau2 yg berhampiran..tpi Australia tidak bersambung dgn mana2 negara..cer lihat baik2..
Tkde gbr lain ke admin.. mengudang membuat dosa berjemaah.