Raja Azmi Mengaku Tanggung Suami Sejak Dua Tahun Lalu
Pelakon dan penerbit filem, Raja Azmi mengakui menanggung suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali sejak dua tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Raja Azmi berkata suaminya terjejas pendapatan berikutan pandemik sejak lebih dua tahun lalu.
BACA: Raja Azmi, Eddie Sah Bergelar Suami Isteri Buat Kali Kedua
“Suami menjaga bapanya sakit. Tidak lama selepas itu bapanya meninggal dunia. Itu percaturan Allah SWT buat dirinya. Dia kini merencana perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya bakal kembali beroperasi Jun ini.
“Dia adalah pemuzik di kelab yang semuanya ditutup sepanjang tempoh sekatan sebelum ini. Jadi, buat masa ini tugasnya adalah menemani saya ke mana-mana majlis atau acara.
“Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia susah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Azmi berkata tiada siapa yang sempurna namun dia menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik dan bertanggungjawab.
“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik.
“Dalam 10 perkara, hanya satu kekurangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” katanya.
Terdahulu, Raja Azmi dan Eddie berkahwin pada 13 Oktober 2013, namun bercerai kira-kira setahun selepas itu. Bagaimanapun mereka rujuk kembali dua tahun selepas itu.
- SUMBER
- Harian Metro
Pokok pangkal atau kunci utama dlm hubungan suami isteri ni ialah keikhlasan. Kalau sorg isteri redha dimadu 3 walau dia terpaksa bnyk berkorban maka x jd isu. Mcm tu jugak dgn isu nafkah, kalau isteri reda tanggung suami anak2 dan keluarga mertua maka suami pun x jd berdosa sbb isteri dah reda dan halalkan. Yg jd isu sampai bercerai berai dan bergaduh walau isu asalnya kecil ialah bila isteri x bole nk reda! Isteri ada hak utk x mau reda… So kena cari suami lain laa!
See, Kunci utama yg paling penting ialah suami dia Romantik Dan bertanggungjawab, cuma bukan dari segi beri kemewahan.
Ikhlas ni akan kekal bila pasangan pun sama ikhlas layan dia dgn baik selamanya.
Ada yg kerana ikhlas..setia ..sampai kena sepak terajang pun masih nak bertahan..ye tak.
Pesan orang tua.. “Isteri diuji bila lelaki susah, Suami diuji bila dia senang.”
Selagi laki kau tak sepak terajang kau, dan selagi dia berusaha jaga hati kau, maka sabarlah dengan ketentuan Tuhan bila dia uji suami kau dengan kesusahan.
Isteri-isteri, jangan sebab suami kau susah jatuh bankrupt, suami hadapi depresi, kau angkat kaki lari.
Suami-suami, jangan kau hargai isteri kau, bila kau susah je, jangan nanti bila kau dah senang, kau gatai k*n*k cari betina lain.
“Romantik” ni, boleh buat beli makan ka?
Boleh bayar sewa, instalment rumah?
Bukan nak katalah. Tapi nasihat aku kepada golongan wanita – baik kahwin dengan Bangla, yang hitam-legam… kalau bertanggungjawap dan akan dapat sara korang dengan sederhana, paling kurang.
Bimbang nanti dapat “yang hensem, yang romantik, yang funny”… tapi sentiasa kering. Baru lah korang tahu *apa yang lebih penting*.
Untunglah suami dapat bini kaya..murah hati pulak tu..semoga isteri dapat ganjaran di akhirat kelak
Redho ikhlas tawakkal.. insyaallah
Isteri solehah. Seperti di dalam al quran, pasangan itu adalah untuk berkasih sayang. Jadikan al quran sebagai panduan hidup.
Agak2 ude ada job x? Mgkin wifenya boleh bantu sara pemuzik yg xde job
bgus la suami dia walaupn xde pendapatan tp bkn mcm biawak hidup…mesti dia byk tlg isteri dia…yg ni aku salute..
Suami dia yang pertama Dato’ Sri Mohd Jalani Dato’ Haji Mohd Sidek kan?
Baguslah hidup suami isteri susah senang sama2, cuma tajuk tanggung suami krg manis kot.
alah bodohnya rotikaya, dia takde pun mention secara terus dia tanggung suami. dia cuma cakap, “Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia susah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya”. korang rephrase pulak macam tu dah orang ingat dia mengungkit.
Isteri tanggung sementara ja. Tak pa dia halalkan. Sapa lagi nak tolong kalu bukan bini sendrik. Bulan depan laki dia mula kerja. Sabar okurrr makcik kepam kuat mengata.
LAKI kamu lagi teruk. JANTAN kamu pon sama. Sebok gelupuh kecam laki orang ahli muzik.
Laki laki dalam keturunan kamu lagi burit. Lepas makan dan minum segala bekas biar tinggal merata.
Sama macam kucing jantan seksaan kamu, dok biar romen kucing betina sampai berterabur keturunan kucing jantan kamu.
RUMAH BUKAN TEMPAT PENTERNAKAN KUCING.
Bangang! Bukan tempat letak makan NAJIS MERATA.
TENGOK KELUARGA KAMU YANG SIAL DULU SEBELUM SIBOK MENGATA!
Begitu u oll. Acik kepam takda kerja MEMANG PENDENGKI. Sis jual Tupperware from home pon ada orang dengki tengok keluarga sis, kesenangan dan kebahagiaan sis. Tak guna belajar tinggi tapi kena tanggung laki. Lainlah laki cacat. Orang cacat pon rajin buat segala kerja u oll.
Sis tahu Raja Azmi bahagia sampai acik kepam dengki. Laki acik kepam bosan nak melayan acik kepam. ANAK JANTAN TAK LAKU acik kepam SETIAP MALAM HIDUP TAK TENANG KENA BERSIDAI LUAR RUMAH. Wahhuarhahuaha Sis tak tahu nak gelak ka nak sedih. Orang hati busuk mati pon tak tenang sampai barzakh.