Raja Azmi, Eddie Sah Bergelar Suami Isteri Buat Kali Kedua
Dengan dua kali lafaz, penerbit filem, Raja Azmi dan juga Mohd Eddie Ghazali sah bergelar suami isteri buat kali kedua. Pasangan berkenaan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
BACA: Raja Azmi Rasa Bersalah Cucu Tahu Kisah Silam
Akad nikah berkenaan disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al- Ridhuan Ulu Klang di sini kira-kira pukul 10.15 malam. Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala tiada sebarang wang hantaran disediakan.
“Saya berharap ini adalah keputusan yang terbaik buat kami berdua,” katanya kepada mStar Online. Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK yang sebelum ini seorang duda selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. (rtky/s)
berita ni paling megembirakan untuk minggu ni. Tahniah ! :)
terharu pulak. mungkin yg dh bercerai ada lagi sinar. wuu
Alhamdullillah. Semoga ikatan kali ini berkekalan ke Jannah.
moga nikah kali kedua ni akan berkekalan tanpa apa2 masalah lagi. Buang yg keruh ambil yg jernih. Bagi pasangan lain yg sudah lama berkahwin tapi bercerai di pertengahan jalan disebabkan kekeruhan keadaan, boleh lagi rujuk kembali kira nya masing2 masih solo dan bersedia untuk memaafkan pasangan serta berbalik semula.
Earn money with Payza
buat duit melalui survey http://profsurvey.com/?ref=1156248
Selamat Pengantin Baru ..semoga kali ini akan berkekalan hendaknya. InshaAllah.
semoga kekal hendaknya…..kak Mi kita dah tua banyaklah bermuhasabah diri…