fbpx

Raja Afiq Sah Bergelar Suami Anggota Polis Viral Soffwany

Tahniah diucapkan kepada pelakon Raja Afiq sah bergelar suami kepada anggota polis yang juga penyanyi baharu, Soffwany Yusoff, 31 dengan sekali lafaz pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. Majlis pernikahan yang di adakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

BACA: Raja Afiq Akui Rapat Dengan Seorang Anggota Polis

Dalam majlis akad nikah itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Meluahkan rasa syukur urusan pernikahan dipermudahkan, Raja Afiq berkata dia tidak menyangka perkenalan singkat mereka membawa hingga je jinjang pelamin.

“Alhamdulillah syukur dipermudahkan semuanya, memandangkan sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, jadi kita adakan majlis pernikahan mengikut prosedur standard.

“Biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai cahaya mata, Raja Afiq berkata dia dan isteri tidak merancang dan menerima rezeki zuriat bila-bila masa sahaja. Katanya lagi, dia dan isteri akan berbulan madu di Pulau Langkawi.