fbpx

Raja Afiq Nafikan Putus Cinta Dengan Anis Al-Idrus

Khabar angin mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik, Raja Afiq dan pasangannya Anis Al-Idrus putus cinta. Bagaimanapun, Raja Afiq menafikan perkara tersebut.

BACA: Anis Al Idrus Mengaku Cintai Pelakon Baru

“Kami sebenarnya macam biasa lagi, tak ada apa pun. Mungkin saya tengah sibuk persiapakan badan untuk penggambaran kerana saya begitu obses dengan drama yang akan saya lakonkan nanti ini”

“Mungkin juga kurang memberikan masa dan jarang bertemu. Lagi pun dia sibuk begitu juga dengan saya,” katanya kepada Rotikaya.

Raja Afiq turut menegaskan bahawa dia mahu menitikberatkan dahulu karier lakonannya supaya lebih baik dari sebelum ini.

“Biar saya titik beratkan karier lakonan yang baru nak bermula ini. Kalau saya nak fokus benda macam itu, lakonan saya pun tak kemana nanti,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/h)