fbpx

Raisa Andriana mungkin nama yang asing buat peminat muzik di Malaysia namun di bumi Indonesia beliau sudah berjaya menempa kejayaan yang agak kuat.

Dan, barisan peminat yang cukup ramai dan bukti’nya akaun Twitter beliau kini sudah pun melebihi 101,000 orang followers.

Raisa Andriana telah melancarkan sebuah album penuh pada May tahun lalu & baru sahaja lepaskan single ketiga berjudul Could It Be yang bakal menjadi salah satu runut bunyi untuk filem keluaran Malaysia akan datang, Mantera — tayangan May 2012.

Untuk pasaran Malaysia, pihak KRU Studios mengesahkan yang Riana Andriana bakal melancarkan single pertama sekitar Mac 2012 dan kemungkinan besar akan menggunakan lagu Apalah (Arti Menunggu).