fbpx

Raikan Ulangtahun Ke-10 Epik Lazada Dengan Tawaran Menarik

Biasanya kita dengar tawaran menarik atau jualan khas ini hanya berlangsung untuk masa tertentu sahaja namun untuk meraikan ulangtahun ke-10 Lazada di Malaysia, Lazada bakal menawarkan pelbagai tawaran yang tidak boleh dilepaskan.

Melalui fungsi terbaru Time Machine di aplikasi Lazada, anda boleh menelusuri perjalanan dan detik-detik manis anda sepanjang 10 tahun bersama Lazada. Anda juga boleh menentukan mana satu daripada sembilan profil pembeli unik yang sepadan dengan gaya pembelian anda.

Kami mencuba fungsi Time Machine ini dah semestinya kami seorang Fashionista kerana suka membeli-belah dalam kategori fesyen terkini.

Seterusnya anda boleh berkongsi profil #MyLazadaTimeMachine di saluran media sosial masing-masing, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada.

Lazada turut mengajak anda untuk mengembara ke Lazada City, di mana duta-duta jenama Lazada membawa tetamu menyelami dunia keajaiban runcit futuristik yang serba menarik untuk bertemu Lazzie, maskot Lazada kesayangan ramai, dan juga seorang tetamu istimewa yang tidak diduga. Siapa? Perlu tengok filem singkat sehingga habis.

Semua orang akan berkumpul mengelilingi kek ulang tahun gergasi di tengah-tengah bandar raya tersebut untuk menyambut ulang tahun Epik yang Ke-10 Lazada.

Cabaran #10YearGlowUp Lazada

@lazada_my We've come a long way, and what an EPIC journey it has been. Here's a glimpse of our journey in the past 10 years thanks to everyone's support. Show us your #10YearGlowUp whether if its your glow up in lifestyle or career, and stand a chance to win RM10 Lazada Voucher! All you have to do is 1. Show us your GLOW UP creatively. 2. Hashtag #10YearGlowUp #MYEpicLazadaBday ? original sound – Lazada Malaysia

Sempena meraikan 10 tahun ulangtahun Lazada, Lazada menghimpunkan komuniti penjual, jenama, pelanggan, kakitangan dan logistik eCommerce untuk meraikan ekosistem sedekad yang dibina oleh Lazada sejak 2021 melalui cabaran TikTok – #10YearGlowUp Challenge.

Anda boleh mengambil bahagian dalam cabaran dengan mengubah gaya hidup anda yang dinaik taraf sejak membeli-belah dalam talian dengan Lazada seperti pakaian dan peningkatan bilik atau bahkan detik Lazada mereka seperti hasil Time Machine.

@theofficialpandora_my We’re proud to be part of Lazada’s journey. HAPPY BIRTHDAY! #10YearGlowUp #MYEPICLazadaBday #Pandora #PandoraMalaysia #Lazada ? The Good Part – AJR

Jenama dan penjual juga boleh mengambil bahagian dengan mempamerkan cara Lazada telah meningkatkan kehidupan mereka iaitu perniagaan atau pertumbuhan jenama dalam talian.

@kinohimitsumy Together with Lazada we have achieved great success and we hope for more to come! We would also like to express our sincere appreciation to our customers for their continuous support ?.Happy Birthday @Lazada Malaysia !??#KinohimitsuMY #LazadaMY #Lazada10Birthday ? original sound – kinohimitsumy

Anda boleh memuat naik video di TikTok dengan muzik latar belakang “Skip To The Good Part” dengan hashtag #10YearGlowUp dan #MYEPICLazadaBday.

1,000 penyertaan pertama layak mendapat baucar RM10 untuk digunakan semasa Lazada EPIC 10th Birthday Sale.

Lazada Bonus & Penghantaran PERCUMA

Pelbagai ganjaran Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma yang disediakan di platform ini harus dimanfaatkan oleh anda semua pemburu tawaran hebat di luar sana!

Para pelanggan juga boleh mendapatkan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400, yang memberi potongan sebanyak RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh pelanggan dari 27 hingga 29 Mac dan boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain.

Tawaran Hebat Jenama Terkenal

Para peminat jenama terkenal boleh merebut tawaran terbaik tahun ini pada harga terendah daripada jenama-jenama kegemaran mereka seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi, yang hanya ditawarkan untuk dua jam pertama sempena Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada.

Epik Electronic Giveaway bernilai lebih daripada RM20,000 untuk dimenangi dan bakal berakhir pada 29 Mac ini. Anda hanya perlu membelanjakan RM50 sebelum akhir 29 Mac untuk berpeluang menjadi pemenang bertuah!

Jualan Kilat Serendah RM0.10!

Sempena ulang tahun ke-10 kali ini juga, Lazada memberikan tawaran menarik pada harga rendah untuk semua para pelanggan menerusi Super Flash Sale dan juga Crazy Flash Sale sepanjang masa, dengan tawaran EPIK serendah RM0.10. Para pembeli boleh menantikan jualan murah bagi pelbagai barangan yang menjadi idaman ramai di media sosial yang ditawarkan pada harga paling rendah.

Tawaran Hebat Jenama Terkenal

Para peminat jenama terkenal boleh merebut tawaran terbaik tahun ini pada harga terendah daripada jenama-jenama kegemaran mereka seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi, yang hanya ditawarkan untuk dua jam pertama sempena Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada.

Untuk meraikan ulang tahun ini juga, korang boleh saksikan iklan Lazada dalam bentuk 3D DOOH Billboard yang berhadapan persimpangan KLCC!


Tunggu apa lagi? Jika anda masih mencari tawaran menarik yang tidak boleh dilepaskan, Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada menjanjikan pelbagai tawaran penjimatan yang tidak masuk akal tetapi benar. Ayuh!