fbpx

Sedar tak sedar sudah 25 tahun Sunway Malls telah menginjak usia ke-25 tahun penubuhannya! Wah, lama betul tu kan?

Siapa jer yang tidak tahu dan kenal dengan mall yang menarik perhatian siapa sahaja yang lalu di situ dengan struktur piramid dan kepala singa yang tersergam indah di perkarangannya tu kan, besar betul weh! Kami kalau datang sini memang wajib ‘OOTD’. Sangat menarik dan tertarik tau, hehe.

Bersempena dengan anniversary dorang iaitu sambutan Jubli Perak ke-25 ini, anda juga akan diberi ganjaran atas ‘kesetiaan’ anda membeli-belah di Sunway Malls.

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk Mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan banyak lagi hadiah gempak yang bakal anda dapat tau. Pergh, mantap bro!

Pelbagai Hadiah Untuk Dimenangi!

Sebagai tanda penghargaan dan kesetiaan anda juga, Sunway Malls juga bakal mengadakan Acara Penghadiahan Jubli Perak ke-25 di Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall, Sunway Putra Mall dan Sunway Big Box Retail Park dari 22 Julai hingga 14 Ogos 2022.

Acara ini juga akan meliputi peraduan ‘Spin the Wheel’, yang hanya memerlukan anda membelanjakan minimum RM150 dalam dua resit untuk memperoleh satu putaran bagi memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan. Bestnya!

Bagi anda yang berbelanja lagi banyak di pusat-pusat beli-belah ini, anda layak untuk mendapatkan putaran tambahan pada setiap hari, dan tidak lupa juga kepada Ahli Sunway Pals atau pemegang kad Citibank, anda turut akan memperoleh satu lagi putaran atas perbelanjaan anda.

Paling special, yang lahir pada bulan Julai atau tahun 1997 iaitu sama dengan bulan dan tahun penubuhan Sunway Pyramid, anda juga layak memperoleh satu putaran tambahan. Fulamak!

Anda akan dapat jumlah putaran mengikut aras perbelanjaan (dalam 2 resit) yang akan kami listkan di bawah ini:

1. RM150 – RM299.99 – 1 Putaran
2. RM300 – RM499.99 – 2 Putaran
3. RM500 dan ke atas – 3 Putaran
4. Pemegang kad Citibank ATAU Ahli Sunway Pals + 1 Putaran Bonus
5. Lahir pada bulan Julai ATAU tahun 1997 + 1 Putaran Bonus

Oleh kerana setiap pelanggan hanya diperuntukkan lima putaran maksimum setiap hari, jangan risau, anda boleh kembali pada hari yang lain sepanjang tempoh kempen tersebut untuk memenangi banyak lagi hadiah!

Kalau anda nak tahu, setiap putaran dikira sebagai satu penyertaan bagi peraduan cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai aneka hadiah berupa Mata Sunway Pals bernilai RM25,000, barang kemas Poh Kong, produk Dyson, dan banyak lagi! Anda boleh lihat senarai di bawah ini.

1) Mata Sunway Pals bernilai RM25,000

2) Set Barang Kemas Berlian & Permata POH KONG (bernilai RM4,500)+ Baucar Tunai RM500

3) Set Aksesori Berlian Emas Putih TOMEI (bernilai RM4,898)

4) Fitness Concept Spin Bike (bernilai RM2,560)

5) GoPro Hero 9 (bernilai RM1,999.00)

6) Royal Selangor Java Coffee Dripper & Set Cawan Espresso (bernilai RM1,240)

Tidak ketinggalan, kemeriahan sambutan Anniversary Sunway Malls ke-25 ini turut dirasai oleh Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, Sunway Big Box, Sunway Carnival dan juga Sunway Velocity Mall! Memang betul-betul meriah.

Oh ya! Nantikan dengan lebih lanjut mengenai cabutan bertuah di halaman media sosial pusat membeli-belah yang kami sebutkan di atas tadi. Mungkin anda salah seorang yang bertuah!

Untuk maklumat lanjut mengenai Jubli Perak Sunway Malls ini, anda boleh KLIK LINK INI atau boleh jer usha di platform-platform media sosial Sunway Malls.