fbpx

Rahsia Wanita Jepun Kekalkan Kulit Wajah Bersinar Keemasan

Rata-rata wanita pastinya inginkan kulit wajah yang bersinar dan licin bukan? Meskipun telah banyak menggunakan pelbagai produk kecantikan namun ada lagi yang masih gagal mendapat hasil yang menabjukkan.

Kebanyakannya menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mencantikan wajah. Ada yang suntik botox, ada yang suntik vitamin pada wajah.

Namun tahukah anda, ada langkah yang lebih selamat untuk anda dapatkan hasil yang super gempak pada wajah anda. Nak tahu bagaimana ikuti langkah ini.

1. Banyakan Minum Air

Anda harus banyakan minum air putih untuk memberi kesan positif kepada kulit wajah dan elakkan minum air berkaffin dengan terlalu banyak.

Seeloknya anda minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tidak semestinya hanya minum dua liter air kosong, tetapi boleh juga diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan.

Jus buah-buahan ini akan membekalkan vitamin C kepada anda secara alami untuk memberi kesan kulit cantik. Jadi selain mendapat air yang cukup, kulit juga akan menjadi lebih segar.

2. Cuci Muka Dengan Betul

Perkara ini anda perlu pandang serious disebabkan setiap hari wajah anda sentiasa dihiasi dengan make-up. Selepas seharian di luar rumah pastikan anda mencuci make-up terlebih dahulu.

Tidak kisah sama ada make-up yang anda gayakan itu tebal atau nipas, seeolaknya semasa mencuci muka anda harus pastikan kulit wajah anda bersih.

Apabila menggunakan kapas untuk menanggalkan make-up, pastikan anda tidak kesat dengan terlalu kuat. Ini akan menyebabkan keanjalan kulit anda terjejas.

3. Srub Wajah

Bagi mendapatkan kulit yang halus dan mulus sepanjang hari, scrub wajah anda dengan cara yang betul. Pastikan scrub wajah yang anda pilih bersesuaian dengan tahap kulit anda.

Nak lagi selamat dan jimat, anda boleh sahaja menggunakan scrub daripada bahan yang ada di dapur seperti kopi.

Scrub kopi ini mampu mengurangkan mata bengkak, menanggalkan sel-sel kulit yang mati, menegangkan kulit serta mampu memberi kecerahan pada kulit wajah anda.

4. Gunakan Mask

Selepas anda mengikuti tips di atas, penjagaan muka dengan menggunakan mask adalah langkah yang seterusnya.

Jika anda mahukan kulit wajah anda mulus dan bersinar keemasan seperti wanita Jepun, anda hanya perlu menggunakan Golden Jelly Mask untuk memberikan lagi kelembapan pada wajah anda.

Nak-nak lagi Golden Jelly Mask ini hadir dalam pelbagai fungsi antaranya Golden Jelly Mask Hyaluronic Acid, Golden Jelly Mask Collagen, Golden Jelly Mask Mask Royal Jelly, Golden Jelly Mask Lavender.

Golden Jelly Mask akan memberikan kelembapan, dan melembutkan kulit wajah anda secara berpanjangan dengan herba semula jadi (essential oil) yang menjadi bahan utama Golden Jelly Mask.

Menarik lagi, dengan Golden Jelly Mask ini juga akan membuatkan kulit wajah anda tampil licin bersinar keemasan dan memberi keanjalan kulit wajah.

Pelbagai mask yang anda boleh gunakan di wajah dengan keluaran Premium Puresa Golden Jelly Series ini. Untuk dapatkan wangian bunga rose pada wajah anda, anda boleh apply Golden Jelly Mask Rose.

Bagi yang suka dengan wangian buah-buahan anda boleh jadikan Golden Jelly Mask Peach sebagai pilihan hati anda.

Pastikan anda mengunakan mask sebelum tidur untuk mendapatkan hasil kulit yang mulus dan licin keesokkan harinya.

5. Pelembab Wajah

Bagi mendapatkan extra kelembapan kulit wajah yang berpanjangan anda digalakkan untuk menggunakan Golden Jelly Lotion pada wajah.

Golden Jelly Lotion dilengkapi dengan herba semulajadi dan juga mengandungi daun emas Kanazawa dan 5 jenis bahan pelembab.

Caranya mudah sahaja, selepas pembersihan wajah, gunakan Golden Jelly Lotion dengan kuantiti yang sesuai dengan wajah anda dan urut perlahan sehingga diserap sepenuhnya.

Jika anda amalkan tips-tips di atas anda akan dapat hasil yang menabjukkan pada kulit wajah anda dan akan sentiasa kekal berseri-seri seperti semulajadi.

Jangan lupa untuk dapatkan barangan keluaran Utena ini di Watsons, SaSa, Isetan, AEON, Ben’s Independent Grocers, Tokyoninki atau di farmasi berdekatan anda.

Selamat mencuba!