fbpx

Rahsia Kecantikan Camelia: Jangan, Jangan Sesekali Mandi Air Panas

Orang tua-tua kata, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata masuk blog jadi bahan.

Camelia hari ini muncul sebagai tetamu di radio HOT FM dan salah satu soalan yang di’tanya adalah berkaitan rahsia kecantikan beliau.

Mungkin untuk menyatakan yang beliau menggunakan produk kecantikan beribu ringgit sesuatu yang terlalu cliche, beliau tampil dengan petua sendiri.

Camelia mengatakan, jangan mandi air panas untuk mengelakkan kulit cepat kering dan berkedut. Pada hemat kami, Camelia pada saat ini merujuk kepada air suam yang biasa.

Selepas itu Camelia sambung, mandilah dengan air suam sepertimana yang beliau lakukan. Dan, kami mula berfikir air panas pada awal tadi adalah air sebetul-betul panas.

Baiklah Camelia, kami akan ikut petua yang Cik Camelia berikan. Tiada lagi mandi air panas selepas ini. Oh ya, kami tidak pernah.