fbpx

Rafidah 3R Nafi Kahwin Pasangan Sejenis

Beberapa hari ini kecoh di media sosial tentang bekas pengacara program 3R yang dikatakan sudah berkahwin dengan kekasih sejenis di Australia.

Berita itu tersebar selepas gambar Rafidah bersama pasangannya itu menunjukkan cincin yang tersarung di jari masing-masing.

Namun, menerusi satu sumber, Rafidah menafikan dakwaan tersebut dan ianya hanya fitnah semata-mata.

Rafidah juga turut mempersilakan orang ramai untuk membuat semakan pendaftaran kahwin atau ke atas pasport miliknya untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

“Sesiapa yang kaki gosip tu, kalau nak buat semakan pendaftaran kahwin ke, atau nak semak pasport sekalipun dipersilakan sebab sah-sah tak ada.”

Bagaimanapun, Instagram wanita yang dikatakan kekasih Rafidah yang memuat naik foto tersebut didapati tidak lagi wujud.