fbpx

Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat

Gosip cinta diantara penyampai radio, Radin dan Ayda Jebat bukanlah sesuatu yang baru didengar, sering hadir memakai baju sedondon menguatkan lagi dakwaan orang ramai bahawa mereka sedang bercinta. Namun, apabila ada pihak mengatakan beliau cuba menumpang populariti Ayda, Radin menafikan dakwaan itu sekerasnya.

BACA: Radin Tidak Tolak Jika Jodoh Dengan Ayda Jebat

“Isu menumpang populariti ini bagi saya hanyalah tohmahan biasa. Mereka adalah pihak yang tidak suka melihat saya berkawan dengan Ayda. Cakaplah apa sahaja, saya hanya berteman rapat dengan Ayda. Dan tidak lebih daripada itu. Tidak pernah walau sekali pun niat di hati saya ini untuk menumpang populariti yang dikecapi oleh Ayda”

“Kami tidak pernah merancang untuk berkawan, semua ditentukan oleh Tuhan. Saya ikhlas mencari rezeki dalam dunia seni. Bukan untuk popular sahaja namun, tujuannya adalah untuk membuktikan kemampuan saya. Sebab itu, saya tidak pernah ambil pusing kalau ada orang cakap saya kawan dengan Ayda sebab nak popular,” katanya kepada Utusan Online.

Sebelum ini Radin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menolak jika ada jodoh dintara dirinya dengan penyanyi Pencuri Hati itu. Radin akui dirinya mula rapat dengan Ayda apabila gadis itu menjadi tetamunya di konti. Selepas itu mereka mula berkawan rapat, malah peminat masing-masing juga sangat senang dengan hubungan mereka.

Namun begitu, setiap kali ditanyakan mengenai gosip cinta mereka yang hangat diperkatakan umum, masing-masing memilih untuk mendiamkan diri sahaja dan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan. Apapun, mungkin mereka lebih selesa tidak mendedahkan hubungan mereka kepada orang ramai, doakan saja jika mahu mereka bersama. (rkty/w)