fbpx

Radhi OAG Bercinta Dengan Pelajar Umur 21 tahun

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 21 tahun.

Memetik Kosmo, Radhi berkata kekasihnya itu merupakan seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah universiti awam serta mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya.

BACA: Radhi OAG Merayu Bekas Isteri Tarik Balik Tuduhan Pukul

“Kalau boleh saya tak nak kongsi sangat, tapi biarlah yang ketiga ini jadi yang terakhir. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua.

“Dia memang ‘sempoi’, tak ada media sosial dan saya memang nak cari yang macam itu. Ini semua adalah perancangan sahaja untuk fasa seterusnya,” katanya.

Menurut Radhi, dia mengenali wanita itu sejak dua tahun lalu dan kini dalam fasa seirus. Namun, Radhi mahu kekasihnya itu fokus dengan pelajaran terlebih dahulu sebelum mereka melangkah ke fasa seterusnya mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Radhi memberitahu dia terbuka hati untuk bercinta kerana wanita itu menerima dirinya seadanya.

“Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya ‘A to Z’. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh.

“Namun, ingin saya tekankan yang ini semua adalah perancangan. Paling penting dia kena fokus belajar dahulu dan saya boleh berusaha untuk perbaiki diri lagi,” katanya.

Terdahulu, Radhi mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada April 2014 dan disahkan bercerai pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak pada 25 Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata berusia enam dan tujuh tahun.