fbpx

Radhi OAG, Isteri Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada pasangan Radhi OAG dan isteri, Nur Shahira Ayu yang telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka hari ini. Setelah sekian lama menyepi, Radhi menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelaki beliau untuk tatapan peminatnya.

BACA: Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki

screen-shot-2016-10-15-at-10-42-46-am

Menerusi perkongsian itu juga, ruangan komen penyanyi itu penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh para peminatnya yang turut teruja dengan kelahiran bayi kedua pasangan ini. Bagaimanapun, Radhi masih belum mendedahkan wajah penuh, mahupun nama anak kedua mereka. Gambar yang dimuat naik di Instagram pula hanya menunjukkan kaki comel bayi itu.

Terdahulu dalam laporan sebelum ini, Radhi memaklumkan bahawa pengalaman menantikan kelahiran anak pertama mereka agak berbeza kerana isterinya kurang mengalami alahan selain mempunyai ketahanan diri yang tinggi apabila beliau mampu menjalani ibadah puasa ketikan hamil berbanding dengan pengalaman mengandungkan anak kedua mereka sekarang.

Sebelum ini, Radhi dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014, hasil perkahwinan mereka itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Aisyah berusia 2 tahun. Manakala selepas perkahwinan dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif berakhir, mereka mempunyai anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim yang kini berusia 11 tahun. (rkty/w)