Radhi OAG Cuba Rujuk, Bekas Isteri Nekad Cerai

Bagaikan musim bercerai ketika ini dikalangan selebriti termasuklah, Radhi OAG dan isteri, Shahira Ayu. Terbaru Ayu mendakwa Radhi ada memujuknya untuk rujuk semula namun beliau bertekad untuk meneruskan penceraian itu.

BACA: Isteri Sahkan Radhi OAG Sudah Lafazkan Cerai Mac Lalu

“Sebenarnya Radhi sudah melafazkan cerai kepada saya pada 25 Mac yang lalu dan hari yang sama tu juga saya tidak lagi tinggal bersamanya. Selepas daripada tu, dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama”

“Tapi jujurnya saya nekad dengan keputusan ini. Jika dia rujuk semula, saya tetap tak mahu. Saya mahu kehidupan baru bersama anak-anak tanpa dia. Kami telah ke mahkamah pada 3 Jun lalu untuk menfailkan penceraian kami”

“Insyallah dalam masa terdekat ini kami perlu ke mahkamah untuk sebutan penceraian. Saya harapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik buat saya dan Radhi,” jelasnya kepada m Star Online.

Tambah Ayu, perkahwinan yang dibina selama lima tahun itu sudah lama berdepan dengan masalah. Bagaimanapun jelas Ayu lagi, punca penceraian mereka terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum. (rtky/w)

×