fbpx

Rabecca Nur Al-Islam Hamil Lagi, Sudah Sediakan Senarai Nama Anak

Walaupun baru sahaja melahirkan anak sulung beliau pada November lalu, Rabecca Nur Al Islam mengakui yang kini sedang beliau mengandung 18 minggu (lebih 4 bulan). Produktif, eh.

“Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki yang saya dan suami terima ini. Keguguran kandungan sebanyak dua kali sebelum ini ada hikmahnya. Allah S.W.T memberikan rezeki lebih buat saya sekeluarga”

“Walaupun dalam tempoh masa yang sangat dekat, itu tidak menjadi isu”

Rabecca Nur Al Islam yang akan berehat dari dunia lakonan sehingga September ini turut berkata yang beliau sudah menyiapkan senarai nama untuk anak kedua ini walaupun belum mengetahui jantina.

“Memandangkan saya masih lagi tidak tahu jantina anak, saya sudah ada 3 senarai nama anak perempuan dan lelaki. Saja berangan, yang penting anak yang bakal dilahirkan itu sihat dan cukup sifat,” ujar beliau.