Baru-baru ini,  pelakon Qistina Raisah ada memuat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya sedang menghasilkan sebuah konten sambil duduk di kerusi gaming.

Namun, penampilan pelakon itu menjadi perhatian apabila dilihat memakai baju yang agak ketat sehingga bahagian dadanya sedikit terdedah. Dalam video itu, Qistina menggayakan blaus lengan pendek berwarna beige yang ketat di bahagian dada.


BACA: Qistina Raisah Nafi Tuduhan Berpeluk Dengan Lelaki Di Khalayak Ramai 

@qqistinaraisah

? original sound – hannah :)

Seperti sudah dijangka, video dikongsikannya itu mengundang komen berbaur lucah daripada kalangan lelaki gatal. Tidak kurang juga, ada mengatakan butang baju pelakon itu hampir tercabut.

Dalam pada itu, ada yang turut mempersoalkan agama Qistina Raisah susulan cara pemakaian pelakon berusia 14 tahun itu serta mendoakan agar berubah ke arah lebih baik. 


Terdahulu, tular video memaparkan seorang individu mirip pelakon remaja itu sedang berpelukan dengan seorang lelaki di khalayak ramai.

Bagaimanapun, Qistina menafikan tuduhan mengatakan individu dalam video itu adalan dirinya serta tidak tahu apa motif pemilik rakaman berkenaan.