Qistina Raisah Nafi Tuduhan Berpeluk Dengan Lelaki Di Khalayak Ramai
Sejak kebelakangan ini ada sahaja cerita tak sedap didengar mengenai pelakon-pelakon remaja apabila terpalit dengan kontroversi panas.
Terbaru, tular video memaparkan seorang individu mirip pelakon remaja, Qistina Raisah sedang berpelukan dengan seorang lelaki di khalayak ramai.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 14 tahun itu menafikan tuduhan mengatakan individu dalam video itu adalan dirinya serta tidak tahu apa motif pemilik rakaman berkenaan.
“Saya nak jelaskan saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah pemilik rakaman itu juga saya tidak tahu apa motif memuat naik video berkenaan. Tapi, itu bukan saya.
“Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen mengatakan, ‘adakah ini budak yang lupa password telefon’, yang itu memang saya tapi dalam video itu bukan saya,” katanya.
Kata Qistina lagi, dia tidak pernah keluar bersendirian sebaliknya sentiasa ditemani oleh ibunya termasuk jika keluar bersama teman lelakinya.
@qqistinaraisah
“Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada mak sekali. Anda jangan risau fasal saya. Kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri. Saya masih ada mak dan ayah. Anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri. Kalau orang nampak saya pergi dating ke, mesti ada mak saya sekali,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon itu turut menitipkan nasihat buat pihak diluar sana yang cuba memfitnahnya supaya segera insaf.
“Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan percaya dan menyebarkan kepada orang lain. Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Mcm trend plak diorg ni kan. Makin comel laa awak, apa2 pun adat laa jd artis ni kena gossip, kena fitnah, kena kecam, kena hentam. Ini semua asam garam kehidupan sbg sorg artis. Apalagi zmn wujudnya media sosial zmn ni…
Idung baru siap ke dik? Lain benor dgn gmbr dulu2…
Bdk skrg baru baligh dh ada bf..spenda pun mak ayah masih belikan..
Tak sangka bdk kecik ni bnyk ckp jgk eh, umur brp da pandai pak we2, tak sklh lg ke, atau sklh dari rmh, biasa la artis bdk sklh kan, selalu perasan sibuk n glamour, satu lg ckp bsr pandai jga diri sendiri, da kena baru tau, nitezen ni pun sibuk, biar lantak pi la dia nak jdi apa pun, mcm dia ckp dia ada mak pak sporting plk tu, x ksh ank blh dating ngan pak we bila2 masa pandai la mak pak dia jga nak tergolek ke nak telentang ke, tapi kalau ada drama atau filem jgn la prmote mntk support, srh mak pak dia je yg suport, dia x ingt tu, psl duit kt jgk la yg tengok drama atau filem dia buat dia kaya raya(agknya la)