Sejak kebelakangan ini ada cerita membabitkan pelakon cilik, Qistina Raisah diperkatakan ramai dimana sebelum ini tular videonya memakai baju ketat di bahagian dadanya.
Malah, baru-baru ini pelakon berusia 14 tahun itu menjadi bualan netizen apabila didakwa menjalin hubungan cinta dengan lelaki lebih berusia.
BACA: Baru 14 Tahun, Netizen Terkejut Qistina Raisah Bercinta Dengan Lelaki Dewasa?
Terbaru, timbul dakwaan netizen mengatakan pelakon itu seolah-olah try hard menjadi dewasa sedangkan dia baru belasan tahun.
View this post on Instagram
Menerusi video dikongsikan, pelakon itu menulis kapsyen ringkas mengatakan dia tidak memerlukan perhatian ramai, penghargaan dan pujian.
“Saya tak perlukan perhatian, penghargaan atau pujian dari sesiapa untuk berasa bagus. Cukuplah diri saya sendiri sahaja,”tulisnya.
Perkongsian Qistina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan dia cuba untuk menjadi dewasa.
Tidak hanya berdiam diri, Qistina dilihat membalas komen seorang individu mengatakan dia hanya menjadi diri sendiri sahaja dan tidak ‘try hard’ untuk menjadi dewasa seperti yang didakwa.