Sejak kebelakangan ini ada cerita membabitkan pelakon cilik, Qistina Raisah diperkatakan ramai dimana sebelum ini tular videonya memakai baju ketat di bahagian dadanya.

Terbaru, hangat diperkatakan apabila pelakon berusia 14 tahun itu dilihat ada memuat naik gambar bersama seorang lelaki dengan kapsyen akaun IG lelaki berkenaan serta emoji hati.


BACA: Qistina Raisah Pakai Baju Ketat, Butang Baju Hampir Tercabut

Tidak dapat dipastikan identiti lelaki itu, diruangan komen posting berkenaan rata-rata netizen terkejut Qistina menjalin hubungan cinta didakwa dengan lelaki dewasa.

Ada juga netizen mempersoalkan bukankah Qistina baru sahaja berusia 14 tahun namun bercinta dengan lelaki dewasa serta mengaitkan dengan pedofilia.


Sementara itu, isu tersebut turut menjadi bualan hangat di laman Twitter dimana ada netizen mendakwa lelaki tersebut berusia 17 tahun dan tiada masalah untuk mereka bercinta.

Namun, ada netizen mengatakan lelaki berkenaan berusia 21 tahun dan dikatakan tidak sesuai untuk bercinta dengan budak bawah umur seperti Qistina.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan usia sebenar lelaki tersebut memandangkan tiada info di media sosial miliknya.