fbpx

Perkongsian pelakon dan pemain dram OAG iaitu Qi Razali mengejutkan ramai apabila mengumumkan konsert 30 Tahun Generasiku baru-baru ini merupakan persembahan terakhirnya bersama kumpulan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Qi menerusi satu perkongsian di Twitter semalam. Menurut Qi, pilihan jalan hidup yang mendorong kepada tindakan tersebut.

BACA: Qi Razali Doakan Kebahagiaan Nelydia Senrose

“Pilihan jalan hidup yang mendorong saya buat keputusan ini. Ban itu tetap akan terus wujud jangan risau. Kekuatan band itu bukan kat drummer. So boleh je ganti mana-mana pun. 

“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau korang support kerjaya aku, supportlah langkah aku kali ini,” tulisnya.

Sebelum ini, luahan Qi yang menyifatkan dirinya seperti tisu tandas turut menjadi perhatian ramai. Malah, Qi seolah memberi bayangan bakal membuat keputusan besar kerana tidak mahu terus dipijak.

“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ini. Aku ada hak. Ini hidup aku dan aku pilih jalan hidup aku.

“Adakah sebab aku ini terlalu lembut sampai orang pijak aku? Tahun ini tiada lagi ok? Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ini. Bye bye toxic people,” tulisnya.