fbpx

Qi Razali Doakan Kebahagiaan Nelydia Senrose

Pelakon dan pengacara Qi Razali mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Nelydia Senrose yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi April ini.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Qi  berkata, dia bersyukur Nelydia bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya. Qi turut mendoakan semoga rumah tangga yang bakal dibina itu kekal bahagia.

BACA: Qi Razali: Kenapa Artis Nak Sembang Pasal Politik?

“Alhamdulillah, saya gembira dia jumpa dengan seseorang yang boleh membimbingnya dan dipertemukan dengan lelaki baik.

“Saya doakan semoga Nelydia berbahagia dan harap semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti. Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Qi mendoakan supaya segala persiapan perkahwinan Nelydia bersama jejaka pilihan hatinya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Saya juga doakan semoga apa yang dirancang menjelang hari bahagianya nanti berjalan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Nelydia Senrose mengesahkan bakal berkahwin tidak lama lagi dengan kekasih hatinya, Hafiz. Bagaimanapun, Nelydia masih belum berkongsikan tarikh pernikahannya.