fbpx

Qi Razali: Mahu Kahwin, Tetapi Perlu Adil Pada Nelydia Yang Masih Muda

Oleh kerana pasangan ini enggan melabelkan hubungan mereka sebagai bercinta, boleh sudah rasanya kita gelarkan mereka pasangan terbaru teman tapi mesra dalam dunia hiburan.

Mengulas tentang status terbaru hubungan mereka, Qi Razali & Nelydia Senrose masing masing berkata yang mereka enggan menjadikan kisah cinta mereka menjadi perhatian masyarakat.

“Kami tak mahu menjaja tentang hubungan ini kerana tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Kalau tiada jodoh antara kami, nanti malu pula,” ujar Nelydia Senrose kepada portal GUA.

Menariknya, pasangan ini agak terbuka apabila berbicara soal kahwin. Qi Razali berkata usia beliau kini sangat sesuai untuk berkahwin tetapi perlu juga memikirkan Nelydia Senrose yang masih muda.

“Saya dah berusia 35 tahun. Sudah pasti saya ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi saya harus berlaku adil pada Nelydia yang masih muda,” jelas Qi Razali yang tidak menolak jodoh awal.

Nelydia Senrose yang di’minta mengulas tentang soal kahwin juga berkata yang beliau terbuka untuk berkahwin awal kerana percaya perkahwinan dapat mengajar erti kehidupan.