fbpx

Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Jumpa Zaki Yamani

Baru-baru ini, penyanyi Zaki Yamani yang juga anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkata kali terakhir dia menyambut lebaran bersama bapanya sekitar lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, memetik mStar Online, Jamal mendakwa dia dihalang oleh bekas isteri untuk bertemu dengan anaknya itu selepas berpisah. Ujarnya, pada Hari Raya tahun lalu dia ada bertemu Zaki di rumah seorang kawan dan menganggap pertemuan selama setengah jam itu sangat bermakna.

BACA: “Saya Rindu Tapi Mungkin Babah Sibuk, Ada Keluarga Baru” – Anak Jamal Abdillah

“Hubungan saya dan anak okay saja. Cuma dihalang untuk berjumpa. Beberapa tahun lalu ada la curi-curi jumpa di sekolah di Kajang.

“Waktu itu sempena majlis hari guru di sekolah itu dan saya dijemput hadir kerana anak saya menyanyi. Waktu itu anak saya di tingkatan satu.

“Tapi ibunya tak benarkan dia ke sekolah jika saya hadir. Jadi saya terpaksa akur. Tapi saya tetap curi-curi jumpa sebab nak sampaikan duit bulanan pada Zaki. Jadi dapatlah saya curi-curi jumpa dia,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemelut dengan bekas isteri, Jamal berkata dia tidak mahu perbesarkan perkara itu.

“Perkara itu tidak perlu diperbesarkan, semua akan saya handle dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Zaki meluahkan rasa rindu untuk menyambut hari raya bersama bapanya. Bagaimanapun, Zaki berkata dia tidak memaksa Jamal mahupun untuk kembali seperti waktu dahulu kerana memahami bapanya itu sudah mempunyai keluarga baru.