fbpx

Qi Razali: Kenapa Artis Nak Sembang Pasal Politik?

Seminggu kebelakangan ini, memang kecoh orang ramai bercakap tentang selebriti yang mula bersuara tentang isu negara dan politik di media sosial. Makin hari, makin ramai selebriti yang tampil menyuarakan pandangan masing masing.

Terbaru pengacara & pemuzik, Qi Razali tampil memberikan pandangan beliau menerusi Twitter mempersoal kenapa orang seni perlu bersuara tentang isu politik negara yang mencetuskan keadaan lebih buruk di kalangan peminat.

“Why are artistic people arguing about politics on social media? Don’t they know they are only spreading hatred and misjudgements? Please people with millions of followers. Think 1000 times before you tweet especially regarding racial and political issues. Nak bising bising masuk politik!,” tulisnya hari ini.

Tulisan Qi Razali itu mengundang rasa kurang senang dari peminat yang menganggap kenyataan beliau sebagai tidak matang dan isu negara termasuk politik memang menjadi hak sesiapa sahaja untuk memberikan pandangan.

Kami sendiri berpendapat yang soal negara — politik, isu semasa, ekonomi — memang menjadi hak sesiapa pun untuk bersuara dan memberi pendapat. Tidak semestinya masuk politik, baru boleh sembang tentang politik. (rtky/m)