fbpx

“Putus Tunang Bukan Modal Untuk Jual Lagu”

Teguran bapa Elfira Loy baru-baru ini turut menyifatkan Sufian Suhaimi sengaja ‘menjaja’ kisah putus tunang sebagai satu strategi untuk melariskan lagu barunya. Bagaimanapun Sufian menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tindakannya itu bukan untuk mencari publisiti murahan.

BACA: Pesanan Bapa Elfira Loy Buat Sufian Suhaimi

Malah menjawab kepada teguran bapa Elfira, Sufian berkata, beliau hanya menjawab pertanyaan pihak media sahaja. Tambah Sufian, beliau sendiri tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

“Saya hanya menjawab apabila ditanya mengenai kisah putus tunang. Kalau boleh, saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Single baharu ini terhasil selepas saya ambil kisah yang terjadi kepada kawan-kawan”

Redha dengan ketentuan Tuhan, Sufian percaya tali pertunangan bersama Elfira yang putus di tengah jalan adalah cara Tuhan menegurnya untuk mendapat sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

“Semua ini bukan sekadar meraih publisiti daripada kisah putus tunang. Mungkin ini cara Tuhan menegur saya. Ada hikmah yang lebih baik buat saya selepas ini. Insya-Allah,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu sebaik sahaja memuat naik lagu terbarunya, Di Matamu Disember lalu, lagu berkenaan menjadi trending biarpun masih belum dilancarkan. Ramai beranggapan bait lagu tersebut menceritakan kisah perpisahannya dengan Elfira. (rtky/w)