fbpx

Pesanan Bapa Elfira Loy Buat Sufian Suhaimi

Bapa kepada Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin meminta Sufian Suhaimi tidak memberikan kenyataan lagi berhubung isu putus tunang supaya tidak memanjangkan isu terbabit. Beliau juga berharap keluarga Sufian dapat menasihati Sufian berkenaan isu ini.

BACA: Lebih 1 Juta Tonton Luahan Hati Sufian Suhaimi

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan. Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu dipanjangkan lagi isu putus tunang ini”

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu? Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu”

Tambah bapa Elfira lagi, beliau berharap kenyataan berterusan dari pihak Sufian bukan sebahagian daripada strategi untuk melariskan lagu barunya, Di Matamu yang bakal keluar tidak lama lagi.

“Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu. Sufian boleh cakap ‘tidak’ untuk memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya untuk mempromosikan lagu baharunya,” jelasnya.

Dalam perkembangan terbaru, dengarnya Sufian sempat memberi ucapan hari jadi kepada bekas tunangnya itu semalam. Namun ditegur netizen kerana menganggap Sufian seolah masih tidak ‘move on’ dengan perpisahan mereka. (rkty/w)