fbpx

Putus Dengan Kekasih? Sophia Albarakbah Tak Nak Komen

Umum mengetahui, pelakon sensasi, Sophia Albarakbah tidak lagi menyorok status hubungannya dengan teman lelakinya dikenali sebagai Mr Doctor.

Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan hubungannya dengan kekasihnya sudah berakhir. Memetik Harian Metro, Sophia bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut.

BACA: “Awak Memang Layak Menang” – Kekasih Sophia

“Maaf, saya tidak mahu komen mengenai perkara itu,” katanya.

Menurut Sophia berkata buat masa ini dia mahu fokus untuk mengukuhkan kerjaya lakonannya dan bakal menjalani penggambaran filem dalam masa terdekat.

“Saya sibuk membuat persiapan untuk ke lokasi penggambaran termasuk projek filem baru tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, Sophia berkata dia terbuka jika teman lelakinya itu mahu menemani dirinya menghadiri ke mana-mana acara hiburan.