Pelakon, Puteri Sarah Liyana tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata keputusan itu dibuat kerana wanita tersebut masih bercakap buruk mengenainya dan sebagai pengajaran.
BACA: Puteri Sarah Bengang Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul
“Ingatkan saya hendak datang bercuti di Indonesia dengan aman, namun ramai yang bertanya kepada saya berhubung tindakan undang-undang yang akan diambil ini.
“Saman tetap diteruskan, kalau tidak individu itu tidak akan berhenti ‘menyalak’. Oleh itu, orang seperti ini wajib diberikan pengajaran.
“Supaya pendekatan yang saya ambil ini menjadi iktibar, supaya mereka tahu bila hendak berdiam diri dan bila hendak bercakap,” katanya.
Sebelum ini, Puteri Sarah meluahkan rasa berang terhadap wanita sebagai Wiwie Darvienda Mazweena didakwa masih ‘menyalak’ di Instagram.
Puteri Sarah mendakwa wanita itu menjaja kisah dirinya dan Syamsul. Kata Sarah lagi, wanita itu sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.