fbpx

Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa berang apabila bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena didakwa masih ‘menyalak’ di Instagram.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Puteri Sarah mendakwa wanita itu menjaja kisah dirinya dan Syamsul. Kata Sarah lagi, wanita itu sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.

BACA: Puteri Sarah Nafi Hantar Kek, Bunga Tanda Minta Maaf Dekat Syamsul Yusof

“Saya sudah selesai dengan Shamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau?

“Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang malah akan membuat laporan kepada majikan wanita tersebut sebagai pengajaran.

Terdahulu, rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah pun berakhir selepas disahkan bercerai pada 14 Jun lalu.