fbpx

Puteri Sarah Terjumpa Janna Nick Di Airport, Nak Cari Ketenangan Di Eropah

Semalam hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan dalam satu video statusnya kini single sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.

Terbaru, pelakon Puteri Sarah berkongsikan di Insta Story terjumpa dengan Janna Nick di lapangan terbang.

BACA: Janna Nick Dah Putus Dengan Dini Schatzmann?

Menerusi perkongsian itu, Puteri Sarah turut menitipkan pesanan buat Janna supaya menjaga diri walau dimana pun berada.

“Boleh pula terjumpa Janna Nick kat airport. Jaga diri sorang-sorang di manamu berada nanti. Love you,” tulisnya.

Sementara itu, Janna sempat mengatakan dia mahu mencari ketenangan di luar negara selepas kecoh mengatakan pelakon itu putus cinta.

“Cari ketenangan di Eropah okey,” kata Janna.

Terdahulu, Janna dikhabarkan tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya, Dini Schatzmann serta gambar bersama aktor itu sudah tidak kelihatan.

Bagaimanapun, Dini masih lagi mengikuti Janna di Instagram, serta gambar mereka masih ada lagi di Instagram aktor itu.