Semalam, perkongsian status di Instagram yang dimuat naik pelakon dan penyanyi Janna Nick mencetuskan tanda-tanya netizen.
Dalam hantaran itu, Janna dilihat menulis nota berbaur kekecewaan dan mengatakan cintanya telah berakhir sekaligus seolah memberitahu bahawa sudah tidak bersama lagi dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.
BACA: “Dah Dari Belakang Memanglah Nampak Punggung, Takkan Nampak Hidung Pula?” – Janna Nick
Sementara itu, menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Janna mendedahkan status dirinya adalah ‘single’ seperti sudah putus bersama Dini.
@jannanickofficial Ada yang lahir 1995?
Hasil pemerhatian, Janna bertindak menutup ruangan komen Instagram perkongsiannya itu. Namun, di aplikasi TikTok rata-rata peminatnya meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan Janna itu. Malah, ada yang berpendapat ianya hanya lakonan semata-mata.