fbpx

Puteri Sarah Tak Terfikir Lagi Cari Pengganti Syamsul 

Sudah tiga bulan berpisah dengan bekas suaminya, pengarah sensasi, Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah belum terfikir untuk mencari pengganti.

Memetik BH Online, Puteri Sarah berkata dia kini mahu memberi fokus mencari duit serta membesarkan dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

BACA: Puteri Sarah Nekad Saman Wiwi Darvinda, Syamsul Yusof Pun Okay

“Saya tak terfikir langsung untuk mencari jodoh. Fokus sekarang mahu mencari duit dan menjadi kaya. Soal cinta tolak tepi dulu, saya nak cari duit sendiri. Bila sudah kaya barulah fikirkan soal mencari pengganti.

“Bila bergelar ibu, saya sudah tak fikir sangat soal diri sendiri, tetapi keutamaan lebih kepada anak-anak, kerjaya serta orang terdekat. Saya akan fikir pasal orang lain dulu, keperluan sendiri jatuh nombor dua. Lagipun, saya nak besarkan anak-anak, cinta itu nantilah. Kalau ada jodoh, adalah…,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan rapatnya dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil, Puteri Sarah berkata hubungan mereka hanya sebagai rakan kongsi.

“Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur, bulan hadapan kerana kami merancang untuk membuka kilang bagi bagi menjimatkan kos untuk diedarkan ke Singapura.

“Persoalan jika hubungan rakan niaga bertukar menjadi cinta, itu kita tengoklah nanti. Lagipun, saya berkawan dengan semua orang dan tak mahu dilabel tak sedar diri,” katanya.