fbpx

Puteri Sarah, Syamsul Yusof Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Pelakon Puteri Sarah yang ditemui di majlis tayangan filem Desolasi memberitahu bakal melahirkan seorang bayi lelaki yang dijangka bersalin sekitar April tahun depan.

BACA: Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakon Lagak Ngeri Sendiri

Dia yang sebelum ini pernah mengalami keguguran begitu menjaga kesihatan serta mengehadkan aktiviti fizikal supaya tidak terlalu terdedah dengan aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada kandungannya.

“Tiga bulan pertama Syamsul tak bagi keluar rumah. Saya hanya buat kerja dari rumah sahaja. Sehinggalah selepas tiga bulan ketika membuat pemeriksaan Doktor kata baby sihat dan Alhamdulillah barulah saya berani untuk aktif balik, tapi tidaklah hari-hari bekerja,” katanya.

Sarah turut berkata segala kelengkapan persiapan bayi masih belum disediakannya kerana dia akan membeli segala kelengkapan tersebut semasa bercuti bersama keluarga di Kota London dan Paris pada penghujung tahun ini.

“Persiapan untuk baby belum lagi, sebab akhir tahun ini kami satu keluarga Datuk (Yusof Haslam) akan bercuti ke London dan Paris, jadi kami beli di sana sahaja,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)