“Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya” – Yusof Haslam
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia hanya mengetaui berita mengenai perkahwinan kedua anak, Syamsul Yusof bersama Ira Kazar selepas menonton video dimuat naik di Instagram.
Memetik Harian Metro, ditanya sama ada merestui perkahwinan kedua anaknya Yusof Haslam berkata dia mahu menjaga hati semua pihak terutama besan serta menantu kesayangannya, Puteri Sarah.
BACA: “Saya Tak Reda & Tak Izinkan” – Ibu Syamsul Yusof
“Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri,” katanya.
“Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik,” katanya.
Menurut Yusof lagi, sebagai seorang bapa dia berharap anaknya itu memilih jalan yang diredai Allah.
“Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih. Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik. Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof turut berharap Syamsul menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa serta berlaku adil sebagai suami.
“Saya harap dia menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Saya harapkan sebagai ayah dia menjadi lelaki yang baik. Saya harap dia menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil. Kalau jodohnya masih kekal dengan Puteri Sarah, berlaku adil pada isteri dan jalankan tanggungjawab dengan berhemah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Bila seorang yg yg umum kenal sngt tegas dlm keluarga kata menantu dia adalah kesayangan dia maknanya Syamsul ni mmg bermasalah! Tak pelik lps selesai filem Mat Kilau bila mula2 Syamsul nak sambung arah filem favourite dia Kl Gangster tp tiba2 dia kata dia nak buat filem baru tp dgn guna tema yg sama dan x guna skop production punya nama lg utk filem dia. Mmg nmpk mrk ada masalah dlmn tp x dihebuhkan kpd media. So masalah rumahtangga ni mungkin salah satu punca kenapa Syamsul dah x buat lg filem dgn skop production. Now its not about hal keluarga tp juga it about business sekali!
Takkan 4 tahun tu ko xde ikhtiar bawa berubat ke, duduk bincang cari apa punca sampai jd mcm ni apa semua?! 4 tahun tu lama sepanjang masa tu mcm2 benda boleh berlaku! Kalau pasang spy boleh korek mcm2 punca dan bukti!! Bila dah jd public secret mcm ni nak salahkan org lain x guna! Ini mmg salah kau sbg bapak yg membesarkan anak2! Kau sendiri failed urus masalah ini dgn baik sampai maruah keluarga kau jd cerita org mengata keluarga kau! Org kata duit yg ko dpt x berkat! Harta yg ko dpt tu jd fitnah kpd anak cucu keturunan kau, kau sendiri jd bapa yg dayus lemah x reti nak halang anak kau dari merosakkan reputasi kau sbg pengarah dan artis! Mcm2 lg yg sblm ini xde sapa terfikir akan terjadi!
Sekali Pak Usop Aslam serah Skop Production pada Puteri Sarah utk uruskan dgn Syafik. Hehe .
Baik.le.datuk serahkan semua harta datuk.pada menantu kesayangan datuk tu..tu sbg jaminan masa dpn ps dgn cucu2 datuk…jgn bg sesen pun.pada samsol..niau dia merana seumur hidup hehe
Menangis meraung la menantu yg tak direstui dan diredhai tu tepi bucu jamban sb tk disayangi. Bagus Datuk. Wasiat dan hibahkan semua harta Datuk kpd mereka yg Datuk dan Datin sayang. Biar yg tak disayangi menjalani hari2 dgn hidup yg tak tenang dan sukar sb penganiayaan, kezaliman, kemunafikan, dan keangkuhan yg akan makan diri.
Kesian kat Puteri Sarah kena khianati oleh suami sendiri. Bagus sgt dapat Mentua yg penyanyang dgn menantu seperti Datuk dan Datin Yusof Haslam ni. Semoga dipermudahkan semua urusan peribadi mu Puteri Sarah. Be strong.
bagus jawapan datuk. beza jawapan dari seorg lelaki dgn seorg perempuan. beza akal 9 lwn akal 1. semoga sol terus tabah dan berlaku adil kepada kedua-dua isterinya…