fbpx

Puteri Sarah Mahu Tambah Anak

Biarpun cahaya mata sulung baru sahaja berusia lapan bulan, Puteri Sarah mengakui beliau dan suami, Syamsul Yusof sedang berusaha untuk menambah anak lagi. Meskipun ada berpendapat terlalu awal untuk menambah anak, tetapi Sarah sudah bersedia menimang anak lagi.

BACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Timang Anak Lelaki

“Memang sekarang kami sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua dan jika diberikan rezeki memang saya cukup gembira. Saya dan Syamsul memang inginkan anak yang ramai dan saya sendiri memang sudah bersedia kerana tidak mahu menunggu lama untuk dapatkan anak kedua”

Menurut Sarah, beliau dan suami memang sukakan keluarga yang besar, apalagi tidak mahu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan bayi kedua. Kongsi Sarah lagi, Syamsul kalau boleh mahukan semua anak lelaki tetapi tidak tolak rezeki yang datang.

“Tambahan pula, doktor pun memberitahu tiada halangan untuk saya hamil walaupun tidak sampai setahun melahirkan Syaikul. Suami kalau boleh mahu semua anak lelaki tapi saya pula nak anak perempuan. Apa-apa pun kalau ada rezeki tidak kisah,” katanya kepada m Star Online.

Orang kata kalau anak ramai buat tambah meriah rumah, tak adalah sunyi sangat nanti Sarah. Apapun semoga pasangan ini dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi selepas ini. (rtky/w)