fbpx

Rasanya bukan pertam kali kami dengar yang Puteri Sarah Liyana ingin berhenti berlakon dan untuk kali ini selebriti berusia 28 tahun itu nekad dengan keputusan beliau untuk mengundur diri.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Bercakap kepada Berita Harian, Puteri Sarah Liyana mengakui yang sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon tetapi ada sahaja perkara yang membantutkan hasratnya itu.

“Bagaimanapun, saya tidak tinggal terus dunia seni dan memilih untuk mengacarakan program mengenai fesyen muslimah di TV2,” ujar Puteri Sarah Liyana.

“Saya sudah dpaat kerja di Butik Eiliya dan akan mula bekerja mulai Oktober ini, dapat juga saya manfaatkan apa yang dipelajari selama lima tahun dulu biarpun bidang diambil dulu berkaitan pengurusan hospitaliti & pelancongan tidak seiring dengan tawaran kerja ini”

Puteri Sarah Liyana juga menafikan yang hasrat untuk berhenti berlakon ini kerana beliau serik dengan kontroversi yang sering melanda dan menegaskan keputusan ini adalah kerana penghijrahan beliau — elak bersentuhan dengan bukan muhrim.