fbpx

Puteri Sarah Dituduh Guna Duit Bapa Mentua Bayar Peguam

Perkongsian pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memuat naik paparan mesej dipercayai ahli keluarga Ira Kazar menggunakan nama Naem Kaza.

Menerusi mesej tersebut, Naem mendakwa Puteri Sarah tiada duit dan bukan orang kaya seperti disangka serta mendakwa Datuk Yusof Haslam yang membayar kos guaman aktres itu.

BACA: Selesai Tunai Umrah, Puteri Sarah Bawa Anak-Anak Bercuti Di Dubai

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian, Puteri Sarah menafikan tuduhan bahawa bapa mentuanya yang membiayai kos guaman untuk menguruskan kesnya.

 

Jelasnya, dia yang sendirian susah payah bekerja keras untuk menuntut haknya sebagai isteri namun ada yang sewenangnya menuduh sedemikian.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berkata jika pihak keluarga Ira tidak berpuas hati boleh berbincang melalui peguam serta memberi amaran supaya tidak melanggar perintah injuksi.

“Kalau tak puas hati cakap dengan peguam saya. Mula-mula bapa, lepas tu kakak, ni abang pula. Lepas ni siapa pula yang nak keluar statement.

“Satu family ni dah kenapa? Dah dapat Shamsul duduk diam-diamlah. Dah kena injuction order masih tak boleh stop lagi? Korang nak apa sebenarnya?” tulisnya.