fbpx

Puteri Sarah Diminta Jauhkan Diri Dari Bapa Mentua

Meskipun sudah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah masih menjalin hubungan baik dengan ibu bapa mentuanya yang sudah dianggap sebagai ibu bapa sendiri.

Malah, ramai yang sebak melihat Puteri Sarah menyantuni bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam ketika muncul sebagai cameo di Sepahtu Reunion Live minggu lalu.

BACA: Puteri Sarah Tak Terfikir Lagi Cari Pengganti Syamsul 

Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, ada netizen meminta Puteri Sarah menjauhkan diri daripada bapa mentuanya kerana simpati dengan isteri baru Syamsul iaitu Ira Kazar.

https://www.tiktok.com/@_lzzee/video/7282767557344513281?

“Kau sepatutnya jauhkan diri dengan bekas bapa mentua, kesian dekat pihak sebelah,” tulis individu itu.

“Haha adoi…buang sikit busuk hati tu dik,” kata Puteri Sarah sambil ketawa.

Terdahulu, Puteri Sarah berkata dia belum terfikir untuk mencari pengganti. Ujarnya, dia mahu memberi fokus mencari duit serta membesarkan dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.