Meskipun sudah bercerai, umum mengetahui pelakon Puteri Sarah tetap menjalin hubungan baik dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof demi kedua-dua anak mereka, Shaikhul dan Sumayyah.
Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan Puteri Sarah berkongsikan mengenai hubungan baiknya dengan bekas suaminya itu.
BACA: Kongsi Video Masak Kentang, Netizen Terpegun Dengar Suara Ira Kazar
Menerusi video itu, Puteri Sarah berkata Syamsul sering melawat anak-anak serta mengambila membawa keluar untuk beriadah bersama.
Puteri Sarah sempat berseloroh mengatakan Syamsul pernah singgah makan di rumah dan makan dua kali.
“Sebab tu lah bila dia datang rumah, dia makan dua kali. Ehhh tercakap pulak. Kadang-kadang dia datang nak tengok anak, pastu dia makan dua kali, ehhh,” katanya.
Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen memahami bahawa Puteri Sarah mungkin sedang ‘mengusik’ Ira Kazar.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Ira dipuji netizen apabila sering berkongsikan resepi di media sosial miliknya. Malah, ramai yang memuji suara Ira sedap di dengar serta mengatakan patutlah Syamsul terpikat.