fbpx

Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof, Ira Kazar Kahwin Di Thailand

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan pengarah terkenal, Syamsul Yusof didawak sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Susulan dakwaan tersebut, Syamsul mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

BACA: “Kesian Isteri Baru, Kahwin Tiada Majlis Macam ‘Cowboy’” – Puteri Sarah

Terbaru, perkongsian Puteri Sarah menjadi perhatian mendakwa suaminya telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand namun tiada pengakuan daripada pengarah terkenal itu.

 

“Ramai yang tanya Sarah pasal ini, dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tahu kahwin kat Thailand? Pastu tak mengaku?” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mempersoalkan adakah suaminya yakin untuk menyaman pihak Jawi serta sempat berseloroh mahu menyambung makan popcorn di Disneylan, Tokyo.

“Apa-apa pun, nak saman JAWI itu betul-betul yakin ke? Jangan terbalik pula jadinya. Saya tanya je. Nak sambung makan popcorn kat Disneyland ni, popcorn sedap,” tulisnya.

Terdahulu, Puteri Sarah yang kini berada di Jepun memaklumkan dia akan menyelesaikan segala urusan perkahwinannya sebaik pulang ke Malaysia, tahun depan agar dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.