Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan pengarah terkenal, Syamsul Yusof didawak sudah berkahwin dengan Ira Kazar.
Memetik BH Online, isteri kepada pengarah tersebut iaitu pelakon Puteri Sarah berkata jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Menurutnya, dia sudah lama mendapat mesej mengenai dakwaan tersebut dan dia sendiri tidak terkejut.
BACA: Puteri Sarah Bawa Anak-Anak Ke Jepun, Netizen Suruh Bawa Balik ‘Yakuza’
“Sebenarnya, saya sudah lama mendapat mesej langsung mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira. Kebanyakan maklumat diterima daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana. Saya tak kuasa ambil peduli disebabkan dulu cerita kahwin hanya desas-desus.
“Apabila makin hangat diperkatakan, saya juga semakin banyak mendapat mesej langsung. Kebanyakannya kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami.
“Namun, saya tidak terkejut walaupun Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua,” katanya.
Ditanya mengenai perasaannya apabila didakwa dimadukan suaminya, Puteri Sarah berkata dia sudah tidak peduli mahupun ambil kisah dengan tindakan Syamsul kerana dia hanya mahukan kebenaran.
“Jujurnya, saya tidak peduli dengan apa yang nak berlaku. Saya sudah lama ‘move on’, cuma sebagai wanita yang masih bergelar isteri, tentunya saya mahukan kebenaran. Kepada Syamsul, mengaku sahajalah. Benda baik jangan disorok boleh menimbulkan fitnah.
“Bagi saya, lagi banyak kesilapan yang mahu ditutup, lagi banyak kebenaran akan terdedah. Percayalah, ini semua kuasa doa isteri dan ibunya, Datin Patimah Ismail yang baru pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia tidak menghalang jika Syamsul mahu berkahwin lagi malah meminta suaminya berterus-terang jika sudah berkahwin.
“Jika betul kahwin, Alhamdulillah. Bagus, sebab tidaklah menanggung dosa. Saya juga tidak mahu dianggap bersubahat jika tahu tahap mana hubungan mereka. Kalau dah kahwin, berterus-terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy’,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah yang kini berada di Jepun memaklumkan dia akan menyelesaikan segala urusan perkahwinannya sebaik pulang ke Malaysia, tahun depan agar dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.
“Saya akan uruskan apa yang sepatutnya diselesaikan. Tengoklah apa keputusan saya. Saya juga mahukan ‘titik noktah’ agar boleh meneruskan hidup bersama anak dengan aman. Sekarang, berilah saya masa bertenang, sambil bercuti dengan anak ke Tokyo dulu,” katanya