fbpx

Puteri Sarah Bidas Komen Netizen Masih Petik Nama Bekas Suami

Pelakon Puteri Sarah Liyana menyelar segelintir netizen yang masih bertanyakan soalan mengenai bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah seolah berang dengan komen netizen serta menegur tindakan tersebut apatah lagi Syamsul merupakan suami orang.

BACA: Tak Tahan Dihina, Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi Arsyil

@puterisarahfanss_

?#puterisarahliyana #andiarsyil #fyppppppppppppppppppppppp #??_story? #???????? #fyppppppppppppppppppppppp

? Aku Wanita Biasa by Krisdayanti – CERITA CINTA

“Aku tak fahamlah, dah balik daripada umrah pun masih ada komen-komen yang ajak Sol. Faham tak dia tu suami orang, kau gila ke apa?

“Saya baru balik umrah, saya nak jaga lisan saya. Saya nak jaga percakapan saya dan saya dah berniat saya dah malas nak cakap apa-apa. Tapi boleh tak korang ni menggunakan akal fikiran? katanya.

Diruangan komen video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen menasihati Puteri Sarah supaya banyakkan bersabar dan tidak mempedulikan dengan apa diperkatakan netizen.

Terdahulu, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul 8 Mac 2014 namun bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.