fbpx

Puteri Sarah Akui ‘Rapat’ Dengan Aktor Indonesia

Baru-baru ini, perkongsian Puteri Sarah di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar tangan seorang lelaki sedang memegang telefon sekaligus mencetuskan tanda tanya siapa gerangan individu tersebut.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah mendedahkan identiti lelaki itu ialah pelakon Indonesia dikenali, Andi Arsyil Rahman.

BACA: Puteri Sarah Kongsi Gambar Tangan Lelaki

Menurut Sarah, lelaki itu adalah rakan kongsi perniagaannya yang kini dijalankan di negara tersebut dan secara tidak langsung membuatkan mereka rapat. Malah, dia dan Andi mempunyai minat yang sama dalam perniagaan.

“Namanya, Andi Arsyil dan dia adalah pelakon Indonesia yang juga seorang ahli perniagaan. Jadi, sekarang kami bekerjasama menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung kerana dia berhasrat meluaskan bisnes itu di Malaysia.

“Buat masa ini, kami berhubungan baik untuk sama-sama memberi fokus terhadap perniagaannya. Kebetulan, kami juga memang ada minat yang sama dalam bidang perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata status lelaki itu masih bujang dan dia tidak mengganggu mahupun berkawan rapat dengan jika lelaki itu sudah berpunya.

“Takkan saya nak kacau orang punya. Mestilah dia masih bujang,” katanya.

Berkongsikan mengenai perniagaan diusahakan mereka, Sarah berkata kini sudah pun melebarkan sayap di Singapura dan Brunei dan selepas ini merancang untuk di buka di Malaysia.