Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berkata Puteri Sarah adalah sebab mengapa dia berani tampil ke hadapan.

Memetik Kosmo, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shuhada mengucapkan terima kasih buat pelakon itu yang turut berdepan situasi sama dengannya.

BACA: Puteri Sarah Dedah Isteri Hafidz Roshdi Hubungi Minta Nasihat

“Dia (Puteri Sarah) adalah orang pertama yang buat saya berada di tempat sekarang.

“Terima kasih kak Puteri Sarah (tulis sambil air mata mengalir seperti darah turun dua hari lepas),” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah berkata dia mengakui Shuhada  pernah menghubunginya berhubung konflik berlaku dalam rumah tangganya.

Menurut Sarah lagi, dia membimbing Shuhada cara membuat laporan laporan di jabatan agama dan balai polis berkenaan apa terjadi dalam rumah tangga.

×